Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Selangor bantu mangsa banjir


SEBERANG TAKIR - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak Rm50,000 untuk bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu termasuk 50 orang dari Parlimen Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berkata, bantuan tersebut adalah satu 'perkongsian' daripada kerajaan negeri itu untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian sumbangan pihaknya bersama badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusia Selangor (PANTAS) untuk membantu mereka yang didakwa tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan negeri ini.

"Ia bukannya untuk memancing undi kerana jika kita berhajat ke arah itu, kita akan membuat perkara lain.

"Kita memilih tempat bagi mencari mereka yang tidak mendapat bantuan sewajarnya sebagai satu perkongsian daripada Kerajaan Negeri Selangor," katanya ketika ditemui dalam lawatan beliau ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Hijrah, Kg Duyung, di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian kepada 50 penduduk di sekitar Parlimen Kuala Nerus sebelum meneruskan lawatannya ke Mercang, Marang untuk tujuan sama.

Sebelumnya, beliau telah ke Kelantan, manakala pada 3, 4 dan 5 Februari ini akan ke Tenang dan Gemas di Johor serta Indera Mahkota di Pahang.

Sementara itu, beliau meminta perkara yang dilakukan itu tidak dipandang negatif oleh segelintir pihak dan tidak menolak untuk melakukan perkara yang sama pada masa akan datang di tempat-tempat luar dari Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Monday, January 17, 2011

PAS Mesti Ganti UMNO - Ustaz Nik Zawawi

SEBERANG TAKIR: Rabu lalu, pada tarikh 12 Januari 2011 telah berlangsung satu kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu bertempat di Masjid Kampung Batin, Kuala Terengganu. Kuliah yang berlangsung sekitar selepas solat Maghrib itu berakhir pada pukul 8.45 malam. Dihadiri seluruh jemaah sekitar Seberang Takir dan DUN-DUN lain dalam kawasan Kuala Nerus. Hadirin dilihat memenuhi keseluruhan ruang solat masjid.

Dalam kuliahnya Ustaz Nik Zawawi menegaskan kemestian PAS untuk menggantikan UMNO selepas PRU ke-13 akan datang. Alasannya mudah, UMNO sudah tidak layak memerintah! Lihatlah pada rosaknya akhlak remaja, krisis nilai moral masyarakat yang teruk, jenayah yang menggila dan ekonomi yang tersungkur jatuh. Sudah tiba masanya untuk PAS ganti UMNO!

Beliau turut menceritakan pengalaman berdialog dengan pihak non-muslim terdiri daripada Cina dan India di Kuala Lumpur. Mereka mahukan penjelasan daripada pimpinan PAS sendiri mengenai isu-isu sensitif seperti hudud, qisas, diyat, kharaj dan jizyah. Selepas diterangkan dengan jelas kepada mereka, akhirnya mereka membuat resolusi bahawa jika PAS dan Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia, mereka mahukan hukum hudud dan qisas dilaksanakan.